javascript:void(0)

Sunday, June 28, 2009

Cedut dari blog orang...:P

Article 1: Trade cara Profesional...
Tahukah anda bagaimana dengan hanya mengunakan strategi dan teknik purata harga , seorang trader profesional boleh menghasilkan antara 1000 - 2000 pips sebulan berbekalkan deposit cuma duit $200..
mereka hanya melihat signal chart jika purata harga bulanan bergerak menjauhi purata harga tahunan ke atas; buy pair tersebut, jika ia bergerak menjauhi kebawah; sell pair tersebut... price akan bergerak 1000 - 2000 pips kearah order yg dibuat..strategi dan teknik ini juga digelar rahsia 52 weeks High dalam pasaran modal/bursa..

Article 2: Rahsia MM
Money management adalah strategi dan teknik pelaburan pertama yg perlu anda tahu sebagai trader profesional.. sehingga hari ini ramai beginner forex yg saya jumpa seolah olah masih blur tentang cara bagaimana untuk trade sedangkan mereka ini ada yang sudah beberapa kali menghadiri beberapa kelas forex sebelum ini untuk bermacam strategi dan teknik , ada yang dah berbelanja duit ribuan ringgit pulak tu.. dengan kursus nama rahsia yang pelik pelik (ada nama kursus yang macam nama org eskimo!). Mereka macam tercari cari sesuatu strategi dan teknik yg kurang....
setelah di "post moterm" saya dapati mereka ini sebenarnya tidak belajar money management yang betul, sedangkan itulah strategi dan teknik yang paling utama perlu mereka kuasai ! sayangnya perkara ini dianggap remeh oleh kebanyakan pegendali kursus/kelas..(studentnya pon sama gak...)
kerana anggapan cara yang terlalu remeh , mereka sampai tak faham apa itu money management(MM).. ada trader bagitau saya MM itu ikut kefahaman setiap orang lah , lain orang lain kefahamannya, ada pulak kata MM itu maknanya jgn trade lebih 2% dari margin.
tahukah anda MM itu adalah dasar atau polisi perniagaan. Apabila berkeputusan untuk melibatkan diri dalam pelaburan saham/forex/option/future, anda sebenarnya sedang bermula dalam satu perniagaan! anda sedang meletakkan modal untuk memajukan sebuah perniagaan sendiri
perkara ini bukanlah main main! amoi yang jual komik kat sebelah rumah saya pun tahu perkara ini (cun jugak amoi ni).
sebagaimana apabila memohon duit pinjaman untuk memulakan perniagaan, bukankah kertas kerja mesti lengkap untuk dilihat oleh pihak bank. kertas kerja anda mestilah mempunyai forecast pendapatan syarikat untuk 5 tahun, mesti ada cashflow sheet, mesti ada Money management policy, mesti ada cara perancangan strategy syarikat (SWOT etc)...
kertas kerja ini menjamin anda mempunyai strategi teknikal untuk perniagaan anda , begitu juga forex, apabila anda mula "berniaga" dalam forex anda mesti mempunyai strategi dalam tempoh lima tahun berapa pendapatan duit yang boleh di forecast, strategi mencapai forecast tersebut , kawalan perlaburan , prinsipal/disiplin/polisi/tips yang perlu anda tetapkan untuk mencapai matlamat itu.
bukan main bedal jer, minggu ni main 1 lot , minggu depan main 0.5 lot , bulan depan tukar pulak 0.01 lot. Lot yang dimain mesti berkadaran dengan MM/polisi . Anda mesti menetapkan jumlah modal yang perlu untuk satu pernigaan/pelaburan 5 tahun , contoh nya RM30 ribu untuk 5 tahun , kemudian tetapkan projection untuk modal itu , contohnya pendapatan mestilah 3x modal = RM 100,000 selapas 5 tahun. bukannya dapat jer untung joli, asal untung jer shoping..
kalau isteri tak faham , kasik dia faham betul betul, ambik dia letak atas kerusi terangkan satu satu tentang konsep perniagaan, terangkan forex itu adalah perniagaan anda yang satu hari diharapkan sangat kukuh sehingga anda boleh mendapat kebebasan kewangan sendiri dan tak perlu bergantung pada gaji lagi.
terangkan ia adalah satu ilmu yang jika dapat dikuasai , boleh anda turunkan kepada anak cucu , iaitu ilmu yang dapat diturunkan turun temurun, iaitu kebanggaan anda (harimau mati meningalkan belang, manusia mati meninggalkan? )
sekarang ini jugak ambil pen dan kertas , kemudian tulis nama syarikat , tulis jumlah modal anda untuk 5 tahun , buat perancangan trading , letakkan forecast pendapatan, kira betul betul risiko bulanan !
setelah buat semua ini , anda akan terfikir sesuatu yang sangat mendalam.. percayalah cakap saya..



Article 3: Tips MM2: Rahsia Disiplin
Apabila mula trading strategi dan teknik yang perlu diambil kira ialah ketetapan waktu on terminal (trade disiplin) ada beginner tak suka mengamalkan teknik disiplin (masa sekolah dulu selalu kena rotan dengan cikgu disiplin kot) , sedangkan disiplin itu penting supaya mereka boleh mengatur strategi trading dengan baik.
pasaran forex tidak sama dengan pasaran saham biasa/future, kerana future/saham hanya diniagakan 8 jam sehari(1/2 sesi+1/2 sesi). manakala forex diniagakan 3 sesi satu hari oleh itu jika pelabur saham merujuk pada daily chart , trader forex pula harus melihat 8H chart, jika tidak bacaan akan lari.
baik sebagai kefahaman bagaimana 1 sesi berfungsi adalah dengan membayangkan graf cembung atas. Kita akan cuba melihat sample dari bursa saham utuk kefahaman ini. Anda boleh belajar graf harian bursa saham dari website bursa malaysia (sila google)
dalam pasaran bursa malaysia harian wujudnya 3 keadaan iaitu permintaan lemah, permintaan tinggi, pengambilan untung .Perkara yang sama berlaku pada setiap sesi forex. sekarang cuba lihat 4H/3H chart, anda akan dapati pattern yang saya sebut ini akan berulang pada setiap sesi dalam satu hari
disiplin untuk mengadap trade terminal fx setiap hari haruslah berasaskan permulaan/akhiran antara 3 sesi ini, dan ia haruslah tetap setiap hari, kecuali atas tujuan trailing (dimana tidak perlu wajibkan diri untuk on terminal)


p/s: bergune ni!!!

No comments:

Post a Comment